8 Langkah Kembali Bekerja Dan Meneruskan Penyusuan. Nombor #8 Paling Penting!

Untuk entri kali ni saya nak kongsikan 8 langkah kembali bekerja dan meneruskan penyusuan berdasarkan pengalaman saya sendiri. Alhamdulillah, Aisyah Madihah sudahpun hampir memasuki 9 bulan (10 Disember 2014 nanti).

Sebenarnya anda hanya perlu tahu cara yang betul dan sedikit panduan untuk diikuti. Yakinlah bahawa anda juga boleh berjaya menyusukan anak anda sepenuhnya tanpa susu formula. Setiap ibu dianugerahkan Allah dengan susu yang sangat berkhasiat dan mampu mencukupkan keperluan bayi masing2 (dengan izin Allah). Percayalah, susu anda tidak perlu melimpah ruah atau mempunyai stok susu penuh deep freezer untuk menjayakan penyusuan ibu walaupun setelah kembali bekerja. Yang penting ianya cukup untuk bayi anda. 

Jika anda ibu yang pernah gagal menyusukan anak sebelum ini, saya ingin mengajak anda sekali lagi mencuba dan berusaha untuk kembalikan semangat anda yang telah hilang itu.




Setelah cuti bersalin selama 2 bulan tamat, saya kembali bekerja dan dalam masa yang sama saya berjaya menyusukan anakanda, Aisyah Madihah. Saya tiada stok sepenuh peti sejuk ketika kembali bekerja, hanya beberapa ketulan ebm sahaja yang kuantitinya lebih kurang 40oz ebm (susu perahan beku) sahaja. Malah, setelah Aisyah berumur lebih kurang 5 bulan saya hanya kais hari ini untuk bekal hari esok (langsung tiada stok ebm). Catatan ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Semoga bermanfaat juga buat pembaca semua.

Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian jika anda nak berjaya menyusu sepenuhnya (fully breastfeed) kepada bayi anda setelah kembali bekerja. Persediaannya harus bermula sebelum anda kembali bekerja supaya ibu dapat mengharunginya dengan lebih tenang. Semoga entri ini berguna buat ibu2 yang beranak sulung yang tak tahu apa persediaan yang perlu dibuat untuk kembali bekerja dan meneruskan penyusuan.

SEBELUM KEMBALI BEKERJA

#1:  Latihan Botol

Sekali sekala ketika masih dalam pantang dan cuti bersalin saya melatih Aisyah menggunakan susu botol. Ya, agak sukar..sebab kata orang bayi ni dapat bau ibunya..dan biasanya menolak apabila diberi botol susu oleh ibunya sendiri. Seeloknya minta orang lain yang beri selain ibu.

Tapi..apa boleh buat, Encik Suami memang kurang sabar bab ni..hehe. Aisyah memang suka main tolak2 puting dengan lidah, jadi kejap je Encik Suami try terus dia give up dan serahkan Aisyah pada saya..haha.. Jadi nak tak nak terpaksalah saya keraskan hati buat2 kurang kasihan 'paksa' Aisyah menyusu botol. 


Botol susu pertama Aisyah Madihah..kini lebih selesa dengan botol susu Lacte

Mula2 kena bismillah dan berdoa dulu supaya Aisyah mudah nak hisap..Seterusnya kena ulang 'menonyoh' (macam kejam je bunyinye kan...hahaha..actually suakan dengan lemah lembut gitu :p) sambil mulut Ummi ni tak henti2 memujuk. Siap bagi ugutan lagi tu..saya cakap, "Aisyah kena minum susu ni..ni susu Ummi jugak..kalau habis dalam botol ni Ummi bagi menyusu dengan Ummi pulak" ..dah ugut kena bagi rewards juga kan? Hm..begitulah tiap kali nak memujuknya.. 

Alhamdulillah, nak jugak dia menyusu. Memang saya perhatikan ada masa2 tertentu yang boleh buat dia agak mudah menerima..antaranya bila dia dah agak mamai2 start lentok nak tidur..mata dah kuyu2 tu..barulah nak menyusu. Ataupun time dia mamai baru bangun tidur. Jadi Ummi memang kena standby susu awal2. Kena perhatikan berapa lama dia tidur..

#2 : Mencari Pengasuh/ Tempat Asuhan

Nak hantar kepada pengasuh (rumah orang) atau Pusat Asuhan? Berbincanglah bersama pasangan yang mana sesuai dengan situasi anda. Putuskan juga tentang lokasi dan siapa yang akan bertanggungjawab untuk menghantar nanti.

Tapi saya cadangkan lebih elok pilih tempat yg berhampiran dengan tempat kerja ibu (jika ada). Lebih memudahkan untuk ibu datang menjenguk bayi dan direct feed di waktu rehatnya. Juga berguna tatkala tiba2 stok susu ibu merudum secara tiba2.

Setelah ke rumah Tok Mi untuk mengenalinya lebih dekat kami rasa lebih yakin untuk meninggalkan Aisyah dengannya. Tok Mi pun dah berpengalaman menjaga bayi yang BF, sudah tahu cara mengendalikan EBM dengan betul. Kebetulannya Tok Mi  ini memang fully BF semua anak2nya seramai 6 orang...jadi dia memang sangat menyokong usaha saya untuk melakukan perkara yang sama untuk Aisyah. 

Tambahan
Jika pengasuh tiada pengalaman handle EBM, ibu kenalah tunjuk ajar dulu kepada pengasuh. Ajarkan cara mencairkan & memanaskan EBM yang betul. Seeloknya sediakanlah alatan serta kemudahan yang sesuai untuk kemudahan pengasuh seperti alat pemanas EBM & steamer jika mampu. Jangan berkira sangat supaya pengasuh dapat jaga anak kita dengan selesa. Ketika pertemuan ini boleh juga dibincangkan tentang tempoh masa jagaan (mengikut waktu kerja ibu), bayaran bs dan sebagainya.

#3: Tempoh Percubaan Bersama Pengasuh

Daripada pembacaan dan juga nasihat dari kakak2 dan kenalan, saya disarankan agar melatih Aisyah ditinggalkan bersama pengasuhnya terlebih dahulu sebelum saya betul2 masuk bekerja. Tujuannya agar saya dapat melihat keserasian mereka bersama dan bersedia dengan kemungkinan2 masalah yang timbul (contoh: bayi tak nak menyusu, selalu menangis, juga dapat kenal bagaimana cara pengasuh menghadapinya) 

Ketika hampir saat kembali bekerja saya agak sibuk dengan persiapan kahwin adik lelaki, Aizuddin. Saya yang ketika itu masih tinggal bersama mak dan ayah takkan nak tengok je orang buat persiapan kan? Seminggu sebelum habis cuti bersalin, kami travel ke Selangor untuk Majlis Akad Nikah. Sabtu selepasnya pula sibuk dengan Majlis Sambut Menantu di rumah kami pula.

Jadi, dengan kesibukkan kenduri tu saya hanya sempat train Aisyah 1 hari sahaja di rumah pengasuhnya, Tok Mi. Pagi Khamis sebelum kenduri Tok Mi menawarkan diri untuk menjaga Aisyah supaya saya dapat membantu Mak dan Ayah di rumah. 

Ketika nak menghantar Aisyah pagi tersebut...aduh, berat sungguh rasa hati ni..Saya bekalkan 5 botol susu (setiap satunya berisi 2 oz ebm). Selepas berpesan apa yang patut..saya kembali ke rumah. Terasa sungguh kosong hari saya..kerana seharian tidak melihat telatah Aisyah, juga tidak mendengar suaranya merengek memanggil saya. Sedihnya...berkali2 juga saya mengadu kepada suami tentang perasaan saya itu. Rasa lain sungguh! Buat kerja pun rasa macam terbayang2 Aisyah. Sampaikan ada ketikanya saya macam terdengar2 suara Aisyah memanggil saya. Hmm..begitulah hati seorang ibu ye..teringat2 akan anaknya. [Situasi normal..hampir semua ibu mempunyai perasaan begini]

Menjelang petang, sepertimana yang dijanjikan saya cepat2 pergi mengambil Aisyah. Haha..dah tak sabar sangat..Aisyah cuma habiskan 3 botol sahaja memandangkan dia telah pun menyusu dengan saya sebelum dihantar pagi tadi. Hantar pun dah jam 10 pagi. Alhamdulillah, Aisyah baik2 saja...tidak meragam...walaupun agak sukar memujuknya menyusu tapi tak sampai tahap menangis2 bila dipaksa menyusu. Begitulah kata Tok Mi. Agak lega mendengarnya..at least dia tak meragam sampai tak mahu menyusu..huhu..bimbang jugak kalau menurun perangai Umminye masa kecik2 dulu..hehehe..

KEMBALI BEKERJA

#4: Bekalan susu 

Malam sebelumnya dah pam susu siap2, dapat 10 oz je sebab Aisyah menyusu juga. Memandangkan stok saya tak banyak (sebab lambat buat), ada kira2 40oz je (boleh buat stok untuk 4 hari je ni), makanya saya terpaksa pam lebih kerap. kadang2 saya bangun seawal jam 4.30 pagi, semata2 nak pam susu buat bekalan anakanda tercinta. Kalau diikutkan memang dah cukup 10 oz untuk hari tersebut..tapi saya nak pam lebih sebab nak buat stok juga (bulan puasa dah dekat, perlu ada stok back up). Alhamdulillah, dapat lagi 10 oz.

Saya siapkan 6 botol x 2 oz (total = 12oz) untuk bekalan Aisyah. 3 botol (6 oz) dari frozen EBM, 3 botol (6 oz) lagi yang baru perah. Kemudian labelkan 1, 2, 3, 4, 5 ,6 untuk setiap botol mengikut kesegaran susu..hehe. Kakak saya bagi tips, habiskan susu dari stok EBM yang dicairkan terlebih dahulu. Barulah kita bagi yang 'segar' (yang freshly pump pagi tadi). Tujuannya, kalau bekalan tadi tak sempat habis diminum oleh baby masa dia tinggal dengan pengasuhnya tu, bolehlah kita rotate untuk esok. Stok dari EBM yang dicairkan tak boleh simpan lama2..mesti dihabiskan dalam tempoh 24jam lepas dicairkan.

Hanya sekitar 4 bulan sahaja saya mencampurkan stok chilled dengan stok ebm. Ketika Aisyah mula menjengah usia 5 bulan saya hanya menggunakan stok chilled yang fresh. Waktu ni saya menghantar 15oz bekalan untuk Aisyah (kerana jumlah inilah yang diperlukannya). Hasil pam di tempat kerja pada hari ini akan menjadi bekalan untuk Aisyah keesokkannya. Alhamdulillah..mencukupi.

#5: Sediakan Pam Susu Yang Bersesuaian

Saya menyediakan 2 pam, satu manual (Medela Harmony) dan satu lagi pam elektrik (Lacte Duet). Tapi saya lebih suka gunakan yang manual. Untuk ke tempat kerja saya memang bawa Medela Harmony je. Senang dan ringkas. Tak banyak part yang perlu dipasang dan dibasuh. Kecil dan mudah dibawa. Ada orang kata lenguh guna pam manual ni..tapi bagi saya alah biasa tegal biasa. Mula2 memang lenguh, tapi bila dah lama jadi terbiasa. Macam buat senaman tangan pulak rasanya..haha


Medela Harmony yang sangat user friendly. Puting turut diberi percuma.

Lacte Duet pun best sebenarnya..mimik hisapan bayi, tak bising, getah cupnya pun lembut je. Dua2 belah boleh laras berasingan mengikut kekuatan yang kita inginkan. Cuma bagi saya, it has too many part.. Saya perlukan tupperware besar setiap kali nak membasuh kesemuanya tu..haha. Lain orang lain yang digemari kan? 

(Jom baca Review Lacte Duet dari kakak saya)


Suction Lacte Duet yang lembut mimik hisapan bayi...selesa untuk ibu2 baru macam saya.

Bagi ibu2 yang tersangatlah sibuk hingga tak ada masa nak duduk mengepam boleh cuba dapatkan milk collector jenama freemie yang sangatlah mudah digunakan hingga orang sekeliling pun tak sedar anda sedang mengepam! Handsfree gittu..hehe. Boleh sambung dengan pam elektrik anda.


Freemie Milk Collector


Cara guna Freemie

Kalau anda sangatlah berbajet rendah boleh cuba belajar kaedah marmet (perah susu pakai tangan). Tak reti? Tanya Puan Misi (baca: jururawat/nurse). Pakcik Google pun boleh tolong jawabkan. Mudah je..asalkan kita mahu, pasti ada jalannya!

Ada banyak lagi jenama pam susu di pasaran. Cuma tinggal kena survey je la, kemudian pilih la yang sesuai dengan bajet anda. 

Boleh baca sini ----> Pam susu

 #6: Cari masa mengepam di tempat kerja

Ini wajib! Ada ibu yang memang sangat teratur jadual pamnya. Selang 3 jam pergi pam. Saya memang salute ibu2 begini. 

Perkongsian pengalaman saya ni mungkin lebih sesuai dengan yang bekerja sebagai gurulah sebab saya tak arif sangat yang lain macam mana.

Sesibuk manapun saya di tempat kerja saya akan cuba juga cari masa mengepam. Sebab pertama, bila tak pam nanti bengkak susu..sakit..kita pun jadi tak selesa sebab baju dah basah dengan susu. Lagi2 masa kita baru naik kerja tu memang susu pun meriah lagi..jadi kita kena lebih rajin mengepam untuk elakkan bengkak susu.

Jadi guru ni kita tak boleh nak pam ikut jadual tetap sangat sebab jadual kelas berbeza setiap hari. Takkan tak nak masuk kelas pula semata2 nak mengepam kan? Kalau nak pam waktu pelajar rehat pun tak sempat sebab waktu rehat tu lah mereka mencari di bilik guru untuk bertanya soalan. 

Saya gunakan masa senggang antara kelas. Kadang2 kelas direct 3 atau 4 period..tak dapat mengepam. Tapi ada selang 1 period tu terus saya pergi pam. Kebetulan bilik solat guru perempuan sebelah je dengan bilik guru. Di bilik guru memang tak sesuai la sebab pelajar dan guru selalu keluar masuk. 

Sekolah saya pula kebetulan ada dua waktu rehat sebab waktu persekolahan dari 7.35 pagi - 4.35 petang. Rehat pagi jam 10.50 - 11.15 pagi (untuk menengah atas). Rehat tengahari jam 1.00 petang - 2.15 petang (semua pelajar).

Saya biasa mengepam waktu rehat tengahari je sebab waktu rehat pagi banyak urusan perlu dibuat contohnya persediaan untuk kelas seterusnya. Tapi pukul 1 habis kelas tu 1.15 jugak baru dapat keluar kelas sebab pelajar2 nak bertanya soalan. Kadang2 sempat makan tengahari dulu, tapi kalau dah bengkak sangat memang saya pam je sebelum pergi lunch. Kalau tak sempat makan di kantin sekolah saya bungkus je. 

Waktu yang diambil dalam 30 minit jugalah. Jadi waktu rehat tengahari tu kadang2 tak sempat nak rehat manapun. Kadang2 sampai tersengguk2 waktu mengepam. Setiap hari rutin mengepam tu jadi berbeza situasi sebab selalu je ada perkara2 yang tak disangka2 contohnya tiba2 ada mesyuarat, tiba2 je kena relief (ganti kelas guru lain), tiba2 je kena siapkan itu dan ini yang orang lain minta segera. 

Pernah ada ketikanya saya hanya dapat mengepam pada jam 3.00 petang (waktu senggang antara kelas). Seksanya sebab menanggung sakit bengkak susu. Rasa nak demam je. Tapi begitulah..kita perlu dahulukan tugas penting dulu. Cuma jangan sampai tak pam langsung dah la ye..

#7: Sediakan bekalan breast pad secukupnya

Haa..ni pun wajib ada. Sebab di tempat kerja kita tentu tak nak baju kebasahan kan? Kalau ikut pengalaman saya, lebih baik standby breast pad pakai buang berbanding yang washable sebab serapan jenis pakai buang lebih baik. Lagi satu boleh buang je kalau nak tukar yang lain. Kalau anda jenis yang berkira pasal duit rajin2 lah menyediakan banyak2 washable breast pad sebab memang confirm kena tukar juga kat tempat kerja. (Jangan lupa standby plastik untuk isi breast pad basah if u wear washable one)



Jenama Pigeon paling best dan harganya murah berbanding jenama lain. Sekotak 60+12 pieces = RM30 sahaja. (Gambar sumber Internet) 

Washable Bra Pad

#8: Tahan Cabaran Mental

Bagi saya inilah yang paling mencabar bagi ibu2 bekerja yang nak menyusukan anak dengan susu ibu sepenuhnya. Minda yang sentiasa positif supaya kawalan stress sentiasa berkesan. Sebab setiap hari yang kita lalui adalah berbeza, ada turun dan naiknya. Kadang2 kita boleh jadi stress dengan bebanan kerja yang melampau. Ada juga yang stress dengan kata2 masyarakat sekeliling yang ntah kenapa macam tak menyokong anda. Mental kena kuat! Motivasi dalaman adalah perkara yang paling penting untuk menepis segala dugaan dan cabaran yang menimpa.

Ketiadaan stok susu formula juga sangat membantu saya untuk set minda. Saya memang sengaja tak nak sediakan alternatif sebab bila ada alternatif saya berpotensi untuk jadi culas. Bila tiada saya akan sentiasa berusaha sedaya upaya untuk mencukupkan bekalan untuk anakanda tercinta. 
 
Tiada stok berkoyan2 bukanlah halangan untuk memberikan yang terbaik untuk si manja. Ketika kembali bekerja saya cuma ada stok ebm sebanyak 40oz sahaja. Ruang sangat terhad untuk menyimpan stok memandangkan ketika itu kami masih lagi tinggal di rumah bonda saya (tidak duduk berasingan). Kalau buat stok banyak2 kat mana nak simpan?

Saya juga pernah mengalami detik ketika stok susu merudum secara tiba2 kerana terlampau stress. Memang sedih. Tapi saya cepat2 bangkit semula, kuatkan diri demi anakanda tercinta. Nanti saya akan kongsikan bagaimana saya menghadapi situasi ini dalam entri akan datang.

Jika anda perlukan motivasi untuk meneruskan breastfeeding, saya cadangkan anda join group #bfmembers di facebook. Ia adalah secret group yang khas untuk ibu2 sahaja. Anda boleh berkenalan dan berkongsi pandangan bersama ramai ibu2 hebat yang gigih menyusukan anak masing2. 

Shaklee pun ada set penyusuan untuk membantu ibu2 mencukupkan keperluan nutrisi supaya sentiasa ceria dan cergas dan sepanjang fasa menyusu. Hasilnya, InsyaAllah cukup susu berkhasiat dihasilkan untuk si manja tersayang! Suami yang sayang isteri, dan prihatin dengan kesihatan anak dan isteri...jom beli dengan saya!


Set Menyusu Shaklee untuk ibu2 yang nak sihat, ceria dan bertenaga selalu


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 


✐ Blog: Super Ummi~Jom Sihat 

 ✉ Email: sniar11@gmail.com 

✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-7000938 

 ➲ COD Area: Area Padang Midin, Pengadang Baru, Bukit Payong, Bukit Sawa, Mydin Mall, Giant, Gong Datuk, UMT, UNISZA, Mengabang Telipot, Maras, Manir, Batu Enam

NewerStories OlderStories Home

0 comments:

Post a Comment

Berminat dengan produk shaklee dari Nad? Atau anda perlukan konsultasi? Atau ingin menyatakan pendapat anda? Sila tinggalkan komen di bawah...